My Truly Life

Bismillah .After a long time ,today I'm come back with my new diary story and with my new life .Alhamdulillah .selepas beberapa tahun bercinta ,mengenali hati antara satu sama lain and we are decide to be a more serious in a relationship ,4 March 2017 we are engaged .Bertunang ,bukan satu perjalanan hidup yang mudah .Satu persatu dugaan dan ujian nak ditempuh dan Alhamdulillah dengan kekuatan ,kesabaran dan cinta .Aku dan si dia tetap bersama walaupun lagi satu langkah kami hampir nak putuskan ikatan pertunangan .Dengan berkat dan doa dari keluarga dan orang sekeliling ,aku dan si dia buat keputusan untuk bernikah dan yaa Alhamdulillah 4 May 2018 aku dan si dia sah diijab kabulkan .Bahagia tuh tak terkata bila orang yang kita sayang yang kita bertahan selama bertahun tahun akhirnya menjadi milik kita yang sah .
Dan sebulan berlalu menjadi suami isteri ,aku dan suamiku akan dihadiri orang baru .Yahooo ! Alhamdulillah aku sah mengandung .Bermacam yang aku fikirkan ,dapat ke aku jaga kandungan nih dengan baik .First trimester ,hanya Allah yang tahu macam mana keadaan aku .Semua benda aku dah tak boleh nak buat .Segala bau yang ada kat dunia nih aku tak boleh nak bau termasuk bau suami sendiri .Rasa kesian ,kelakar dan serba salah pun ada .Lagi lagi aku duduk rumah mak mertua aku .Aku tak dapat nak buat dan tolong apa yang aku nak buat .Tapi tuh lah orang kata ,mak mertua tak sama dengan mak kandung kita sendiri .Aku bertahan demi suami tercinta .
11 Ogos 2018 ,majlis persandingan aku dan suami .Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar .Aku ?Alahan takde masa nih .Malam sebelum majlis ,punyalah banyak kali aku pesan kat babybump bagi aku rehat dari alahan untuk sempurnakan majlis nih dan babybump aku baik sangat pada hari kejadian .Yaa i know my baby anak yang baik inshaAllah hihi .Tapi keesokan harinya ,wah dia balas dendam .Segala yang aku makan ,semua keluar balik dan badan aku jadi lemah .
Maka ,hari nih 22 November 2018 .Alhamdulillah semuanya masih baik .Babybump aku pun dah 22weeks .Tapi belum tahu gender apa .Excited nak tahu haha tapi aku tak kisah babyboy or babygirl .Yang penting anak aku sihat walafiat ,membesar dengan baik ,cerdik ,bijaksana ,taat dengan ibubapa dia ,dikasihi orang orang disekeliling dia dan membahagiakan orang bukan menyusahkan orang hihi .
"Untuk sang suami ,terima kasih kerana masih setia ,masih sayang ,masih cinta pada isteri yang banyak serba kekurangan ini .Terima kasih hari hari bagi senyuman dan kasih sayang untuk isteri awak nih dan hari hari buat isteri awak angau dengan perangai awak .Alhamdulillah Allah kurniakan saya suami yang terbaik .Setiap kekurangan yang ada pada diri kita ,InshaAllah kita akan berubah sama sama .I want you to know I love you so much dunia akhirat"